Monday, February 28, 2011

BeRakHiRnYa sEbUaH KeHidUpAn....

AsSalaMuAlaiKum...

"katakan lah Allah itu tuhan kamu"
"Muhammad itu rasulmu"
"Al-Quran itu kitabmu"
"islam itu agamaku"
"solah,puasa,zakat,haji itu amalan ku di akhirat"

ini adalah sebahagian drpd talkin yg dibaca oleh imam tatkala kematian menjemput kita..
para makmum di atas kubur akan mendapat byk iktibar utk muhasabah diri masing2 ketika talkin ini dibacakan..
sedarkah kita bahawa tarikh kematian semakin menghampiri..??
adakah kita sudah cukup amalan2 soleh utk dibawa akhirat kelak??
dan sedarkah kita bahawa jawapan2 yg diatas itu hanya dpt diucapkan oleh amalan2 kita yg byk??
astgfirullahalazim...sebenarnya,kita byk lg kekurangan bekalan utk dibawa akhirat kelak..

sewaktu aku mencoretkan tulisan di sini,aku baru sahaja selesai mengebumikan atuk aku
yg telah kembali kerahmatullah mlm td..
perasaan aku sekarang bercampur baur..sedih + pilu + terkilan..
atuk aku adalah salah seorang insan yg bertanggungjawab menjadikan aku mengenal apa itu kalam Allah
sampai lah diriku dipilih oleh Allah utk menjadi seorang Al-hafiz..
 
tiba nya aku disisi jenazah selepas menjalani perjalanan dr bangi ke kelantan,
aku terus mendapatkan jenazah atukku...perasaan hiba terpaksa ku tahankan..
lantas aku mengambil wudhuk dan mula membaca surah yasin..
pada mula nya,aku dapat meneguhkan diriku ibarat batu karang di dasar lautan yg berdiri kukuh sewaktu dibadai ombak lautan dan juga ibarat saidina Abu Bakar memendamkan perasaan hibanya sewaktu wafatnya Rasulullah,tetapi di pertengahan bacaan aku,perasaan hiba itu mula menguasai diriku..
dgn titisan air mata,satu persatu detik2 bersama arwah ketika dia mengajarku kalam Allah yg mulia itu..

" amin,hari ni atuk nak ajar kamu mengeja,kan kamu sudah kenal huruf2.."
" baik atuk..."
" ikut atuk ye, alif diatas bunyi nya aaaa"
" alif diatas bunyi  nya aaaa"

titisan air mata ku semakin laju sewaktu saat2 ini bermain2 di fikiran ku...bacaanku menjadi tersekat2..
ku lihat wajah arwah atukku yg begitu tenang dan suci..setenang air di lautan...
fikiran ku terus mengelamun jauh..satu persatu detik2 bersama arwah menerawang di dlm fikiran ku seperti sebuah filem yg sering kita lihat di pawagam...

" amin,atuk nak kamu latih diri kamu mengeja..suruh mak kamu ajar ye..kalau tak ingat,atuk rotan kamu"
" baik atuk...~ujarku sambil ketakutan~"
waktu ini ku berusia 5tahun..aku dilatih mengenal huruf2 Al-Quran,mengeja,seterusnya membaca Al-Quran sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz dan menjadi seorang penghafaz Al-Quran..

di akhir ayat surah yasin itu, aku rapatkan diriku kpd jenazah atuk ku..

" atuk..dgr ye amin baca buat kali terkahir.."
 
lantas ku mengeja satu persatu ayat2 Al-Quran itu sama seperti mula2 aku belajar mengeja..
dgn linangan air mata,sebak di dada,kuteruskan sehingga ke penghabisan ayat..

" atuk...terima kasih kerana ajar amin Al-Quran "

ujarku selepas mengakhiri bacaan...

"tarikh ajal maut itu tidak pasti bila nya akan tiba
tetapi
kematian itu adalah benda yg PASTI"

firman Allah S.W.T :

 " setiap yg bernyawa itu akan merasai kematian..."

AL-FATIHAH UTK ARWAH ATUK KU..

~HJ. IBRAHIM B. YAAKOB~

moga Allah cucuri rahmat nya dan tempatkannya disisi para huffaz dan org2 yg soleh..aminnn
 


10 comments:

~masithah hanis~ said...

al-fatihah..yang pergi biar la berlalu..kite yang hidup terus kn hidup serta beramal kepada nya..:D

khairul amin said...

huhu...benar kata2 mu itu wahai sahabat..

Anonymous said...

al-fatihah..
Sedih+pilu+terkilan xdpt tgk arwah buat kali terakhir..
Moga arwah 'cheq' d tempatkan d kalangan org yg beriman...
Aminnn...
-acik-

_aliahwafa_ said...

alfatihah

khairul amin said...

acik: huhu....bersih muka "CheQ" td acik...huhu..along pon xdpt dtg gak..angah je blik..
wafa: =)

faiznur rotashia said...

takziah amin... kuatkan semangat macam amin pernah cakap kat tasha dlu... al-fatihah....

khairul amin said...

gumuk: okey...^_^

faiznur rotashia said...

sempat lagi si kurus nie.. ok.. :)

@cenahcenah said...

Jangan sedey2. Berpegang pada satu, kita hidup untuk Dia. Keep chillin' bro.

Isk isk. First time amin taip penuh penuh. pun Terharu.

Banyak sedekah yassin. Moga2, beliau tergolong dikalangan orang2 beriman.

Amin.

khairul amin said...

perfect two: aminnnnn~...huhuhu