Thursday, September 29, 2011

TuHaN aDa..

AsSaLmUaLAikUM....

Dah lama kot x update blog ni..bersarang!!haha..
ni sume kerna bz or xsempat,tapi disebabkan prob2 y xleh dieelakkan,aku terpaksa stop jap berblog2 ni
but,disepanjang aku menyepi,byk benda aku dah pelajari..
kebanyakkan nya ilmu kehidupan..aku masih teringat lag kata2 lecturer subjek psikologi aku,
iaitu ilmu yang xboleh dijual beli ialah ilmu kehidupan or penglaman hidup..
Alhamdulillah,selepas jatuh,bangun,bangkit n bina balik kehidupan ini,
kehidupan ini sekali lagi mengajar aku satu ilmu yg pasti aku akan igt sampai bila2..

sahabat2 yg dirahmati Allah,

untuk kali ini,aku ingin berkongsi satu ilmu iaitu 
mengenai kepercayaan manusia mengenai wujudnya ALLAH..
kita sedar or tidak sedar bahawa sebenarnya org2 non muslim juga mengakui bahawa kewujudan Allah..
hal ini dapat dibuktikan dengan dalil2 (preuve) yg telah digunakan oleh ahli2 pikir (istilah indon..ahaks!)
sebelum kedatangan NAbi Isa A.S dan NAbi Muhammad S.A.W..
antara dalil2 (preuve) yg telah diolah oleh ahli2 pikir itu ialah..

1) preuve metaphisique

- di dalam dalil ini,para ahli pikir telah menggunakan dalil2 yg berupakan akal semata2..
sebagai contohnya, akal mngatakan alam yg luas ini terdiri drpd. bumi,planet2,matahari berjuta2 bintang dan sebagainya...dan ini semua sudah pasti ada yg menciptakannya..itulah ALLAH,RABBUL JALIL..!!so,apabila kita renungi dan muhasabah diri kita, manusia or kita ni nak menjadikan seekor rambut pon xmampu..even kita blaja smpai peringkat PHD skali pon..tidak sempurna nya kita ini dan MAHA SEMPURNA NYA ALLAH!!..mampu menciptakan 7petala langit dan bumi tanpa bantuan makhluk pon..ALLAHUAKBAR!!.

aku tiba2 teringat satu peristiwa y mana ustaz aku pernah bertanya mengenai ketuhanan terhadap
seorang cina yg beragama buddha...kerjanya driver taxi..
satu hari, ustaz aku tue naik salah satu taxi utk ke sri petaling,kemudian dlm perjalanan ke sana,
ustaz aku tue bertanya mengenai patung y diletakkan di dashboard kete tu..
so,driver taxi tue bagitahu dgn penuh yakin nya bahawa patung itu adalah tuhan pemberi rezki,
dan bila ustaz au tnya pulak mengenai tuhan memberi jodoh n others, driver taxi y beragama buddha tue bgtahu bahawa ada tuhannya tersendiri..
dipendekkan crita, ustaz aku bertanya kan 'SIAPAkah menciptakan ALAM ini?'
ldriver taxi tu terdiam sejenak n dia dgn tenang mengatakan TUHAN kat atas(smbil menunjukkan jari ke langit) yg menjadikan...

so,kat sini dgn jelas kita dpt lihat bahawa penganut2 agama lain pun mempercayai adanya ALLAH
tapi PERSOALAANNYA,mengapakah mereka semua tidak bersaksi bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH..??
sama2 kita rungkaikan soklan ini wahai sahabat2 sekelian....

~to be continue.. 

Sunday, July 10, 2011

insyaALLAH...

assalamualaikum..

kini dah tiba masa utk aku memulakan balik tugas aku dlm berkongsi ilmu baru,pengalaman baru,pahit manis berada ditempat yg tidak ada seorang pon kenal kita atas maksud utk mencari kereadhaan Allah sambil bersama2 mencari iman dan takwa...manusia tidak terlepas dari kesilapan dan aku akan ambil kesilapan itu utk dijadikan iktibar agar aku lebih berhati2 lagi dalam menjalani kehidupan di dunia ini yg penuh dgn bermacam2 jenis manusia...

                               "sekali ku rebah,sejuta kali akan aku bangkit.."

p/s: di lain post aku akan kongsi pelbagai cite utk dijadikan iktibar,pedoman,ilmu baru dan sebagainya..dgn izin Allah...=)

Monday, April 4, 2011

CiPtAaN Allah Yg BeRnAmA " AiR "



AsSaLaMuAlaIkuM...




Allah Maha Berkuasa dalam menjadikan sesuatu ciptaan di atas muka bumi ni..
Allah juga tidak menjadikan sesuatu ciptaan itu sia-sia bahkan ciptaan itu ada fungsi dan kebaikannya..
sebagai contoh, Allah menjadikan ciptaan lalat..
mungkin kita ada terfikir,"kenapa ye ada lalat kat dunia ni,ishh,menyibuk je..nak makan pun xsenang..nk kena tutup2 makanan lagi.." hey guys,betul x kita sume berfikiran sedemikian rupa..??
~cehh..ayat ala2 merong mahawangsa...~ ( ok,xlawak...=.= )..
dan apabila kita berfikir sejenak tentang ciptaan Allah iaitu lalat ini,sedarkah kita bahawa,if lalat xde kat dunia ini,macam mana agaknya keadaan dunia ini bila haiwan2 mati dan menjadi bangkai??sedarkah kita haiwan apakah yg membawa ulat2 pengurai bangkai itu??..haiwan itu lah yg bernama " LALAT "..

dari segi sudut,lalat itu sgt jijik tetapi apabila kita berfikir dari sudut yg lain,kita akan mengucapkan rse syukur kat Allah...hebatkan Allah...TAKBIR..~

kat post ni aku nak bawa kita ke satu lagi ciptaan Allah yg sangat berguna dalam kehidupan seharian kita ini iaitu ciptaan yg bernama "AIR"..
kita sedia maklum bahawa 2/3 dunia ini diliputi air..dan baru jek semalam aku tgk cite "world invasion : battle of L.A" yg nak citekan makhluk asing itu nak takluk bumi disebabkan air..=.=
~melalut sampai movie la plak..=.= ~
ok2,sambung balik..hurmm,dan adakah kita sedar bahawa tubuh kita ini terdiri drpd 75% air.0tak 74.5%,darah 82% dan tulang yg keras pula ada 22% air..So,xsalah laa aku nak cakap bahawa air sgt2 penting dalam kehidupan kita ini...Allah juga berfirman dlm Al-Quran..

".....dan kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup..." ( Al-Anbiya',ayat 30 )

tapi pernahkah kita buat kajian mengenai air ini..??

dan sekali lagi seorang ahli pengkaji yang bukan Islam dari jepun iaitu Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama membuat kajian mengenai tindak balas air ini terhadap percakapan,situasi persekitaran dan sebagai nya...antara kajian yg telah dibuat oleh Dr. Masaru Emoto ialah air itu telah didedahkan kpd bacaan doa dari penganut agama Shinto,kemudian Dr. itu telah melihat perubahan molekul air tersebut..

~cantik kan~
So, di sini Dr Masaru Emoto telah mengatakan bahawa " air ini diibaratkan seperti cermin bagi diri kita. apabila kita memikirkan benda2 yg positif or peaceful,maka molekul air itu juga akan berubah kpd bentuk yg peaceful or cantik juga dan begitulah sebaliknya..."

nak tahu citer selanjutnya......tunggu...!!!hahaha..~evil~

Tuesday, March 1, 2011

" Ya, SayA iNgiNkAn KeJaYaAn..."

AsSalAmUaLAiKum..

hari ini pernah kah kita terpikir bahawa setiap manusia di dunia ini inginkan KEJAYAAN.??
jika kita tanya soalan kpd seorg pelajar,apakah dia inginkan kejayaan..?
maka pelajar itu akan menjawab "ya,sy inginkan kejayaan.."
kite berlaih pula soalan ini kepada seorg budak kecil,adakad adik inginkan sebuah kejayaan??
maka, si kecil itu akan menjawab "ya,sy inginkan kejayaan.."
hatta kalau soalan ini di ajukan kpd seorg pengemis pon,dia juga akan menjawab

"ya,sy juga inginkan kejayaan.."

persoalannya disini....
adakah kita sedar bahawa KEJAYAAN SEBENAR yg kita cari dlm dunia yg fana ini adalah mengikuti 
perintah Allah
serta mengikuti sunnah rasulullah yg tercinta..??

sahabat2 yg dirahmati Allah,


kita baru sahaja beberapa hari  meninggalkan suatu hari yg besar,iaitu
MAULIDUR RASUL..
akan tetapi,kita cuba muhasabah diri kita,sebanyak mana kah sunnah nabi yg telah kita amalkan di dlm kehidupan seharian kita..??
sedangkan kita telah dgr di ceramah2 maulud,di sana sini, yg menerangkan kpd kita bahawa
salah satu tanda kita cintakan rasulullah S.A.W ialah mengikuti sunnah baginda..
kita sanggup bersengkang mata mendengar ceramah,berpeluh2 mengikuti perarakan maulidur rasul dan
sanggup berdiri di tgh2 panas semata2 utk menunjukkan semangat maulidur rasul,
akan tetapi,apabila habisnya hari maulidur rasul, kita kembali seperti sediakala..
mana pergi nya sunnah nabi yg kita berazam utk lakukan dlm kehidupan seharian..??
sama2 lah kita renung2...

sahabat2 yg dirahmati Allah..

sebenarnya,aku nak berkongsi suatu ilmu yg berupa satu perumpaan 
dan kita sendiri tidak terfikirkan akan hal itu..
SITUASI

seorang doktor telah memberi kan satu perskipsi ubat ( betul ke "preskipsi"..?? ) kpd salah seorang pesakitnya..

" hari ini sy akan bg awk ubat dan awk perlu mkn ubat ini 1biji 3 kali sehari "
" okey,nanti sy akan ikut kata2 doktor itu "

selepas pesakit itu pulang ke rumah, pada minggu pertama,dia still lg bleh ikut arahan doktor itu 
supaya mkn ubat sebiji 3kali sehari..
masuk je minggu yg kedua,tiba2 dia terpikir..

" eh,boring laa mkn ubat camni..lambat abis,hmm,kalau doktor suruh aku mkn sebiji utk 3kali sehari
baik aku mkn sekali mkn 3biji...mungkin efek dia akan lebih cepat dan penyakit aku akan cpt sembuh.."

cite da abis..hehehe

now,try korang pikir,adakah pesakit itu akan cepat sembuh dr penyakitnya apabila 
dia manage sendiri aturan mkn ubat dan mengabaikan arahan doktor..
alasannya, aturan mkn ubat yg dia manage bkn sahaja ubat cepat abis malah dia juga berfikir yg penyakitnya juga akan cepat sembuh...

jawapannya, penyakit yg dihidapi pesakit itu akan cpt sembuh..
TERKEJUT dgn jawapan yg aku berikan..??
aku berkata demikian kerana cuba korang fikirkan, apabila pesakit itu mkn ubat ikut aturan nya sendiri,
maka ajal n maut pasti cepat dtg..so, ayat yg " CEPAT SEMBUH " tue ialah PASSED AWAY laa..
~pe punye lawak laa..pffffffftttttttt...=_="~

point utama utk di 'absorbkan' dlm kehidupan kita ialah Allah telah mengaturkan aturan hidup kita di atas muka bumi ini..Rasulullah juga telah menunjukkan jln n aturan hidup utk memperoleh kejayaan di dunia n akhirat..tetapi kejayaan akan diperolehi jika kita buat apa yg Allah n Rasul perintahkan..
tp kalau kita buat aturan hidup sendiri, kita bkn sahaja tidak dpt pahala n ganjaran dr Allah S.W.T malahan kita juga confirm akan dpt kemurkaan oleh Allah..

firman Allah S.W.T : 

" katakanlah ( wahai Muhmmad ), jika kamu mengasihi Allah, maka ikuti lah aku (muhammad), Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa2 kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.."
surah Al-Imran ayat 31..

Monday, February 28, 2011

BeRakHiRnYa sEbUaH KeHidUpAn....

AsSalaMuAlaiKum...

"katakan lah Allah itu tuhan kamu"
"Muhammad itu rasulmu"
"Al-Quran itu kitabmu"
"islam itu agamaku"
"solah,puasa,zakat,haji itu amalan ku di akhirat"

ini adalah sebahagian drpd talkin yg dibaca oleh imam tatkala kematian menjemput kita..
para makmum di atas kubur akan mendapat byk iktibar utk muhasabah diri masing2 ketika talkin ini dibacakan..
sedarkah kita bahawa tarikh kematian semakin menghampiri..??
adakah kita sudah cukup amalan2 soleh utk dibawa akhirat kelak??
dan sedarkah kita bahawa jawapan2 yg diatas itu hanya dpt diucapkan oleh amalan2 kita yg byk??
astgfirullahalazim...sebenarnya,kita byk lg kekurangan bekalan utk dibawa akhirat kelak..

sewaktu aku mencoretkan tulisan di sini,aku baru sahaja selesai mengebumikan atuk aku
yg telah kembali kerahmatullah mlm td..
perasaan aku sekarang bercampur baur..sedih + pilu + terkilan..
atuk aku adalah salah seorang insan yg bertanggungjawab menjadikan aku mengenal apa itu kalam Allah
sampai lah diriku dipilih oleh Allah utk menjadi seorang Al-hafiz..
 
tiba nya aku disisi jenazah selepas menjalani perjalanan dr bangi ke kelantan,
aku terus mendapatkan jenazah atukku...perasaan hiba terpaksa ku tahankan..
lantas aku mengambil wudhuk dan mula membaca surah yasin..
pada mula nya,aku dapat meneguhkan diriku ibarat batu karang di dasar lautan yg berdiri kukuh sewaktu dibadai ombak lautan dan juga ibarat saidina Abu Bakar memendamkan perasaan hibanya sewaktu wafatnya Rasulullah,tetapi di pertengahan bacaan aku,perasaan hiba itu mula menguasai diriku..
dgn titisan air mata,satu persatu detik2 bersama arwah ketika dia mengajarku kalam Allah yg mulia itu..

" amin,hari ni atuk nak ajar kamu mengeja,kan kamu sudah kenal huruf2.."
" baik atuk..."
" ikut atuk ye, alif diatas bunyi nya aaaa"
" alif diatas bunyi  nya aaaa"

titisan air mata ku semakin laju sewaktu saat2 ini bermain2 di fikiran ku...bacaanku menjadi tersekat2..
ku lihat wajah arwah atukku yg begitu tenang dan suci..setenang air di lautan...
fikiran ku terus mengelamun jauh..satu persatu detik2 bersama arwah menerawang di dlm fikiran ku seperti sebuah filem yg sering kita lihat di pawagam...

" amin,atuk nak kamu latih diri kamu mengeja..suruh mak kamu ajar ye..kalau tak ingat,atuk rotan kamu"
" baik atuk...~ujarku sambil ketakutan~"
waktu ini ku berusia 5tahun..aku dilatih mengenal huruf2 Al-Quran,mengeja,seterusnya membaca Al-Quran sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz dan menjadi seorang penghafaz Al-Quran..

di akhir ayat surah yasin itu, aku rapatkan diriku kpd jenazah atuk ku..

" atuk..dgr ye amin baca buat kali terkahir.."
 
lantas ku mengeja satu persatu ayat2 Al-Quran itu sama seperti mula2 aku belajar mengeja..
dgn linangan air mata,sebak di dada,kuteruskan sehingga ke penghabisan ayat..

" atuk...terima kasih kerana ajar amin Al-Quran "

ujarku selepas mengakhiri bacaan...

"tarikh ajal maut itu tidak pasti bila nya akan tiba
tetapi
kematian itu adalah benda yg PASTI"

firman Allah S.W.T :

 " setiap yg bernyawa itu akan merasai kematian..."

AL-FATIHAH UTK ARWAH ATUK KU..

~HJ. IBRAHIM B. YAAKOB~

moga Allah cucuri rahmat nya dan tempatkannya disisi para huffaz dan org2 yg soleh..aminnn
 


Friday, February 25, 2011

TeOri PeLaZiMaN KlaSik..

AsSaLamULaIkum..

Kali nie aku nak kongsi tentang satu ilmu psikologi islam...
sebelum aku pergi ngan lebih mendalam lg,aku ingin kita pikir sejenak,
kita sebagai umat islam jarang mengkaji sesuatu perkara
tetapi kaum2 yahudi, n sebagai nya bertungkus-lumus utk mengkaji sesuatu perkara itu..
tahukah kita bahawa,yahudi2 itu telah menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama mereka..
tetapi...dimanakah kita..??yg selalu membaca Al-Quran saban hari dari kecik hingga la dewasa..
umat islam sekarang ini hanya sibuk utk memperlagukan Al-Quran itu supaya digelar Qari yg hebat,akan tetapi mereka tidak berminat utk mengkaji ilmu yg tersimpan dlm Al-Quran itu...sama2 lah muhasabah..

ok...berbalik kpd ilmu yg aku nak kongsikan td...
seorang pengkaji dr luar negara *xigt negara mana..xsempat nk salin..hehe yg digelar Ivan Pavlor.
beliau telah membuat suatu kajian mengenai sikap kelaziman manusia apabila menghadapi sesuatu sehinggakan manusia dpt menafsirkan sesuatu itu walaupun tidak melihatnya....(complicated nye ayat.).

untuk memberi gambaran yg jelas lg mengenai kata2 aku td, aku akan bg satu contoh..

SITUASI :

apabila kita terdengar org membunyikan hon atau loceng ketika kita berada di dlm rumah,
secara otomatik nya kita akan terpikirkan org itu menjual eskrem,roti or sebagainya dan keluar membelinya..kebiasaannya situasi ini berlaku kpd mereka yg tinggal di kawasan perumahan.
so kat sini, kita boleh nampak tindakan gerak balas apabila kita terdengar ransangan yg lazim..

bunyi hon or loceng : rangsangan yg lazim..(means,sesuatu perkara yg kita dah alami sebelum ini)..
terpikir n kuar utk membeli roti,eskrem or others : gerak balas terhadap rangsangan yg lazim.

kat sini rangsangan yg lazim itu membawa maksud 
sesuatu perkara itu telah didedah kan kpd kita sebelum ini dan apabila perkara itu berulang,
maka kita sudah mengetahui perkara itu..( xfaham,baca ulang kali situasi tue )..

ada byk lagi situasi2 yg boleh dikaitkan dgn teori ni..
tp aku malas nak taip..hahahah..!! coz nak gi usrah plak..=P( alasan)

so,teori ini benda yg boleh kita kaitkan dgn Islam kat sini ialah,
apabila kita terdengar suara azan dikumandangkan,maka kita sudah tahu apakah
 gerakbalas yg perlu kita lakukan iaitu 
pakai pakaian yg bersih n then pergi masjid semayang berjemaah (bg kaum lelaki),
manakala bagi kaum wanita pulak, bila terdengar azan, maka mereka cepat2 amik air semayang n then tunaikan solah di awal waktu..

PERSOALANNYA...adakah teori pelaziman klasik ini telah kita AMALKAN ketika MENDENGAR AZAN DIKUMANDANGKAN di dlm kehidupan kita hari ini..???
tepuk dada,tanya lah iman masing2..

sama2 lah kita muhasabah diri kita dan berlumba2 mencari bekalan pahala n amal kebajikan
utk dibawa berjumpa dgn Allah S.W.T di padang mahsyar kelak..

firman Allah S.W.T ..

" berlumba2 lah dalam berbuat kebaikan...."


Tuesday, February 22, 2011

kO Nak Gi tAk..??? AkU nAk Gi...

AsSaLaMuALaIkUM...

Alhmdulillah..kesyukuran dipanjatkn kehadrat Ilahi kerana Dia masih lg memberi nikmat
yg tidak terhitung byk nya kpd kita..rezeki yg ckup,nikmat berjalan,menggaru hatta membuang air kecil n besar pun adalah satu nikmat dr Allah yg diberikan kpd kita...SUBHANALLAH..

Kali nie,aku nak kongsi kan satu lg sketsa kehidupan yg betul2 aku hadapi semasa berada di Setiawangsa..
Aku terpikir sejenak tentang diriku bila teringat balik kisah ni..
sedar atau tidak,walaupun aku hidup 23tahun di dunia yg fana nie,tp aku masih lg dahagakan ilmu
sama ada ilmu yg ditimba melalui guru2 or ilmu2 tentang erti kehidupan yg byk aku perolehi bila merantau ke tempat org lain..bak kata pepatah " jauh perjalanan,luas pemandangan.."

"ko nak gi tak..?? aku nak gi.."

Sahabatku yg dirahmati Allah,

Dialog ni sebenarnya diluahkan oleh seorang ank kecil ketika aku bersama rakan2 ku terserempak dgn mereka ketika sedang asyik bermain bola.. niat kami sebenarnya nk berjalan2 sambil menambahkan iman kami terhadap Allah.. Bila kami terserempak dgn bdk2 tue,
salah sorang dr sahabat aku berborak2 dgn bdk2 tu sambil berbual tentang kanak2 pada zaman Rasulullah yg begitu berkobar2 utk menegakkan syariat Allah S.W.T..
mereka begitu gembira bila mndengar tentang perkara itu..

"adik2 nak tahu x, pada zaman Rasulullah,kanak2 baya adik2 ni nk sgt nk sertai peperangan bersama2 nabi hinggakan ada diantara mereka sanggup menjengketkan (sowi,lau salah) kaki mrk supaya nmpak tinggi n dibenarkan menyertai perang.."

" wah..!!hebat nya mereka,abg.."

" btoi tu,tau x sbb pe mrk berkobar2 smpai begitu skali..??sbb nya,mrk telah dibimbing sehingga iman n yakin mrk terhadap Allah begitu tinggi sekali..oleh itu,kita kena mantapkan iman kita dgn taat perintah Allah seperti solah berjemaah,taat org tua,kasihkan ibubapa dan mcm2 lg..so,abg harap,maghrib nanti adik2 dpt pergi berjemaah bersama2 dgn abg di surau yek.."

" ok abg.."

ketika aku nak beransur2 pergi dr kalangan bdk2 tu,aku dpt menangkap percakapan slh sorang drpd bdk2 tu kpd rakan2 nya..

" ko nak gi tak..??aku nak gi..jom laa.(berkobar2..).."

citer aku stop kat sini..hehe..

kat sini aku nak kita renungkan,seorang anak yg kecil sgt teruja utk melakukan perintah Allah apabila dia mendengar tentang kelebihan serta ganjaran yg Allah bagi apabila mentaati perintah Allah tetapi hari ni adakah diri kita yg sudah akhil baligh ni dpt merasakan keterujaan yg ditunjukkan seperti kanak2 itu..??

sebenarnya,mentaati perintah Allah ini memerlukan hati yg begitu suci dan iman yg kukuh terhadap Allah..
aku berkata sedemikian kerana,apabila hati n iman kita sgt suci n kukuh,maka apa sahaja perintah Allah,kita akan dpt lakukan dgn begitu sempurna..tanpa ada rasa keluh resah n malas..

PERSOALAANNYA...Adakah hati kita ini benar2 suci dan iman kita benar2 kukuh terhadap Allah..??
tepuk dada,tanya laa iman masing2..=)

Rasulullah bersabda..

" Sesungguhnya hati2 ini akan berkarat sebagaiman besi berkarat apabila terkena air.
Baginda ditanya..Ya rasulullah,apakah penggilapnya..?? 
Rasulullah bersabda, Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.."
( hadis riwayat Baihaqi..)

so,mari kita sama2 renungkan..semoga Allah ampunila dosa aku dan sahabat2 sekelian dan tempatkan kita di kalangan org2 yg soleh n solehah..aminnn~




Monday, February 21, 2011

NaHi An-MuNkaR DiPrAkTiKkaN..

ASsalamuALaiKum...

Dunia adalah tempat persinggahan bg manusia utk mencari amal kebaikan bagi
menjadi bekalan di hari kiamat kelak. Hanya amal yg soleh n iman yg mantap sahaja menjadi kayu pengukur
bagi manusia utk memperolehi syurga Allah yg penuh dgn nikmat. Sedar atau tidak,kita sebenarnya byk alpa terhadap Allah tetapi kita lihat sendiri betapa rahimnya Allah S.W.T masih lg memberi kita nikmat di dunia ini walaupun kita byk lupa akan Allah S.W.T.....renungkanlah..

Bercakap pasal alpa n lupakan perintah Allah ini, 
aku tertarik utk menceritakan satu peristiwa yg maybe menjadi iktibar n mungkin juga menjadi pembakar semangat dlm melakukan perintah Allah iaitu AMAR BIL MA'RUF WA NAHI AN-MUNGKAR.. perisitiwa ini berlaku ketika aku berada dlm LRT dr setiawangsa ke K.L Sentral pada 21/02/2011..

Begini ceritanya...

Time pintu LRT terbuka n aku nk msuk dlm benda alah tu, aku terdengar suara org macam org bergaduh..
n mungkin Allah S.W.T hendak tunjuk kat aku bahawa ada lg manusia yg berani menegakkan syariat Allah walaupun di kelilingi dgn maksiat n duniawi...

Saudara2 sedarkah bahawa suara lantang yg menegakkan syariat Allah itu dtg nya dr seorang pakcik tua berketayap putih yg sgt uzur sekali keadaannya..
aku menangkap setiap bibit2 percakapannya..

" begini lah keadaan umat islam sekarang,tanpa segan silu melakukan maksiat di depan org ramai"

pkcik tu berkata lagi...

"aku malu dgn kaum lain..malu dgn perbuatan ank muda melayu yg sedemikian rupa..
org cina n india pon malu nk tgk"

Saudara2...

Rupa2 nya kata2 itu dilemparkan kpd seorang remaja MELAYU bersama pasanganya yg tanpa segan silu berpelukan di dlm LRT itu...time pakcik tu bg nasihat,aku lihat sendiri remaja MELAYU itu memberontak n seolah2 tidak mahu terima teguran pakcik itu...tiba2,seorang lelaki di sebelah aku bersuara,

"sy sokong pakcik..!!wehh..!!dah bersalah tu blah2 laa dr tren.."

citer stop kat sini...hehehe..

Kat sini aku nk muahasabah diri kita yg bergelar remaja,adakah kita sedar bahawa byk kelakuan kita 
akan menyebabkan Allah murka kpd kita..??adakah kita sedar, percakapan kita byk mensyirikkan Allah..??
kat sini,marilah kita muhasab diri kita...layakkah kita menjadi penghuni SYURGA ALLAH yg indah itu..!!??
renungkanlaaa....

Nabi S.A.W bersabda dlm suatu hadis,

" Sesiapa antara kamu yg melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dgn tangan, Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dgn lidahnya, dan kalau itu pun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dgn hatinya, Yang sedemikian itu adalah iman yg selemah2 nya.."
( kitab At-Targhib, hadis riwayat Muslim,Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Pakcik tu tergolong di kalangan manakah yg disebut di dlm hadis diatas dan kita pula akan tergolong dikalangan mana sekiranya kemungkaran yg sama berlaku ke atas kita..?? renung2 kan laa sahabat..

Thursday, February 17, 2011

Pengapit Pengantin..!!!!???

HAHAHA..nak tergelak pon ade,...adoiyaaa..( x pernah2 aku jadi pengapit pengantin ni... )..=_="
anak sedara aku plak merangkap bakal pengantin ( adehh,anak sedara dah kawen,aku ni bile laa lg.huhu.) bleh bagi ayat baiknyaa punya..
" yang x de pengalaman laa kena jadi nya.."

tapi kalau pikir2 kan balik,memang sume adik bradik aku dah kawen...
sedih pon de..tapi sabar ye KHAIRUL AMIN..belajar dulu...( arghhh..!!!)
n then anak sedara aku pon kua kan satu statement,
" Yg jadi pengapit ni kena org bujang.. " ( btul ke..??? =_=' ),
aku pon x sure akan kebenaran tue..ni anak sedara aku yg ckp..grrr!!
aku baru bajet nak buat pertunjukan silat..(cewahh..!!poyo giler mamat ni..), but sekarang di beri TUGAS yg baru...PENGAPIT PENGANTIN..!!

ehem2..sebelum aku gi lebih jauh lagi, aku ingin tegaskan disini bahawa ( ceh..ayat xleh blah..haha)
aku de 3 org anak sedara yg umur nya lebih dr aku sorang lagi muda setahun dari aku..hihihi..
~muda kan aku~
n diorang sume da kawen da cuma yg muda dr aku setahun je lom kawen lagi..
so,dats y, i jelez u know...huh!..=_='
nak kawen...!!!!!hahahaha..gedik nak mampos..eeeeiiuu..

So,nak x nak,aku akan jd PENGAPIT pada 12/3/2011 ni..
( ish..kena belajar ni cara2 catwalk pengapit..hahaha..~bongok~ )
saksikan laa ye...( bia pon korang x kan hadir pon majlis tu..lalalalala~ )
cucu sedara ku...SHASHA n SYARIF..!!



acik n angah..my niece..=)
shasha...chumil!!..mcm i kan..hihi

dalam setahun de 7 hari....benarkah..??

wahh...pelik bebenor bunyi nyer jang ooii....setahu den,dlm setahun ada 365 hari..polik2...hehe..
ok...untuk merungkaikan persoalan ini,kat sini aku nak suruh korang jawab soalan2 dibawah..
1. Dalam 1 minggu de brape hari?
-ofkos laa 7hari...
2. Dalam sebulan pula,de brape hari?
- haii,senang bebenor soalan ni..30 or 31 hari laa..
3. Dalam setahun lak de brape hari?
- wehh..!!soalan bdk tadika bleh jwb ni..365 hari laa..rite?

Now,kalau aku ckp dalam setahun de 7hari je,korang agree x..??haha
confirm korang ckp aku bdk xblaja kn,...kecik2,mak suruh gi skolah,dok ngorat anak dara org..
(errr...aku ke..??x kot..ngee~)
ok..utk kuatkn hujahan aku,aku akn buktikan yg setahun de 7hari..
7hari dlm setahun itu ialah ahad,isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat n sabtu..!!
rite guys..!!???haha..

hmmm..teringat lak kata2 lecturer psikologi islam aku...
dia ckp." Seseorang manusia itu akan berbeza presepsi mereka dalam mentafsir sesuatu perkara yg dilihat,rasa,dengar dan sebagainya melalui deria mereka kerana bergantung kpd ilmu dan penglaman seseorang manusia itu.."

well,isu ini akan aku tulis dalam slot akan dtg...hahaa..!!
nak tahu....follow laa blog aku ye...hihihihi..
~insan itu akan menjadi mulia di sisi Allah pabila ia menunaikan segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W..~renung2 kan laa sahabat..=)

Sunday, February 13, 2011

dikir barat wei...........!!!!

haha...!!tgk title da tau dah kn...
naik lenguh gak kaki ni dok asyik hempuk2 ats lantai..adehh..=_='
dah la batuk aku xilang2 lagi..mkn ubat dah nk sampai satu botol da..
but xilang2 gak..huhu..cane ni ek,sore da mcm band rock da..yeahh!!yeah!!...
hahahahahha...bongok..=P

back to main story,heee..
persembahan dah dkt dah,...tp kitorag punyer perfomance dlm 70% lg..
hehehehe...
xpe2..bak kate ore tua2 klate "HERO TOK GADUH"...hahaha!!

haaaa...!!ni lg satu citer TERBAIK dr ladang..
round last skali ngah dikir2 td,abis je "tepukan" tgn yg terakhir,de org sound kat bawah..
"WEH..!!SENYAP LAAR..!!XRETI NAK TIDO KER..!!
hahaahhahahaha..!!sume bdk2 dikir include me brtempiaran lari masuk bilik..haha!!

adoii...panas gak ati rse..diorag bising smpai kul 3 a.m,aku xde kate pape pon..
time aku,xsmpai kul 2 da bising da...bongok+bengong  punyer olang.haiya...li kong mei yaa..

erkkk..pnjang gak aku tulis ni..haha!!
stop kat cni lar..sok kne praktis lg..adoiyaa..=_='
neway,hapening la jugak mlm ni..hihihi..
saksikan la yer perfomance kami..yeahhh!!!..
HIDUP KUMPULAN DIKIR BARAT..!!



Saturday, February 12, 2011

kebosanan melanda....

adoi....bila smpai je ari sabtu n ahad,aku tarak tau maa nak buat pe..huu
esaimen..??
err..err...err...lambat lagi nak kena submit..hahahah..!!
bgun tido,terus bukak laptop...pe lg,on9 laa..hihihhi
tiba2 dok chating2,
terpikir nak explore bnde alah blog ni...
godek punyer godek maka ini laa hasilnya..
haha...!!
walaupun xgedabak gempak,but..
.i'm proud wif myself..pftfftttttt..=P

Monday, January 10, 2011

janda baik..

wow..!!seribu satu mcm pengalaman dpt time gi kem kat sini..huhu
tp wlaupun menggalkn kesan pahit,aku n da geng tetap maintain cool..haha
cite ni aku tetap akn ingati smpai ke anak cucu..INSYAALLAH..

muka2 ceria time nk gi "janda baik"




cantik pemandangannya..tp menyimpan 1001 misteri..