Wednesday, December 15, 2010

Al-Kisah managment (group c )

Malam ini….sesusuk tubuh berdiri kukuh menghadap sebuah tingkap rumahnya. Lamunannya begitu jauh memikirkan sesuatu yang tidak dapat di lupakan sepanjang hidup. kadang-kala senyuman tersimpul manis di bibir seorang “insan” di saat malam yang mendamaikan serta hening itu, yang hanya diwarnai dengan keindahan bulan purnama dan taburan bintang-bintang bergemerlapan di angkasa. Walaupun kini bergelar seorang ‘Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam’, namun kehidupan sebagai seorang pelajar asasi di “KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR” dahulu tetap bermain-main di benak pemikirannya itu. Kotak pemikirannya terus berputar-putar menitipkan kembali saat-saat indah ketika bergelar ‘warga asasi’ suatu ketika dahulu. Kelas “FOUNDATION IN MANAGEMENT ( GROUP C )” adalah yang paling meninggalkan suatu memori pahit dan manis yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
“Tok...tok...tok...assalamulaikum....err..err..errr,..puan...err.err..err,ni assigment saya..hehe” (sambil menggeleng-geleng kepalanya serta dirinya dalam keadaan tidak senang duduk ).
Apabila teringat kembali peristiwa itu, “insan” itu ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanpa mengeluarkan suara. Begitulah lagak salah seorang warga “Group C”. Kadang-kala, lagaknya itu sering kali mencuit hati para penghuni “Group C” dan serring kali dijadikan bahan jenaka oleh rakan-rakannya. Yang paling banyak menyakat dirinya ialah ketua kelas nya sendiri. Namun, hakikat sebenarnya, “insan” itu begitu kagum dan menghormati sahabatnya itu yang lebih dikenali dengan nama ‘Tayyib’ itu kerana dia lah antara pelajar terbaik dalam kelas ‘Group C’. Tiba-tiba terlintas pula di benak pemikiran “insan” itu seorang lagi sahabatnya. Sahabatnya itu boleh dikatakan ‘market’ meletup-letup juga di kalangan gadis-gadis di kolej ini.
“weh,weh,weh...ko tau tak,tadi awek ‘pisang goreng’ senyum kat ko ble tgk ko dtg beli pisang gorengnya hari ini..hahaha”, kata “insan” itu kepada rakannya.
“aahhh, mne de..‘sumbak’ la ko ni...haha”, jawab rakannya itu.
Mereka berdua ketawa berdekah-dekah menyebabkan seorang lagi rakan mereka yang cukup dikenali dengan panggilan Mr. Like itu kehairanan. Selepas di ‘story’ kan balik hal yang sebenar, maka Mr. Like itu pun turut ketawa berdekah-dekah. Dua rakannya itu yang paling tidak mungkin “insan” itu lupakan ialah ‘Afiq’ dan ‘Izzul Islam’ atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Acai’. Otak “insan” itu terus memutar-mutarkan lagi peristiwa-peristiwa sewaktu berada di kelas “foundation in management Group C’ itu sehingga terbawa kepada satu lagi kisah yang begitu melucukan mengenai seorang sahabatnya sewaktu di kelas Komunikasi. Sahabatnya itu serta rakan-rakan yang lain diberikan tugas untuk melakukan ‘mock interview’. Apabila sampai ke giliran sahabatnya itu, “insan” itu ketawa tidak berhenti-henti akibat daripada kelucuan dialog yang di ucapkan oleh sahabatnya itu.
“ Adakah awak pernah bekerja sebelum ini, sekiranya pernah mengapa awak berhenti dan kenapa awak memilih kerja si syarikat kami.??” tanya ‘penemuduga’
“Ya,saya pernah bekerja sebelum ini, tetapi disebabkan saya bergaduh dengan bos, saya dibuang kerja dan disebabkan saya tidak mempunyai pekerjaan akibat peristiwa itu, saya memilih syarikat puan untuk mengisi jawatan yang ditawarkan oleh syarikat puan itu” jawab rakannya itu.
“erk.......................” terkedu si “penemuduga”.
“Haha.. milin.. milin..macam-macam hal ko ye..”, ucap “insan” itu sendirian. Orangnya begitu pemalu tetapi mempunyai cita-cita yang tinggi serta hensem bergaya. Itulah ‘Khairul Amilin’yang telah menjadi watak penghibur di hari itu. Dari berdiri di tepi tingkap, “insan” itu beralih ke meja ‘study’ nya. Matanya teralih ke suatu gambar kenangan kelas ‘FOUNDATION IN MANAGEMENT GROUP C’ yang terlekat kukuh di ‘board’ di depan mejanya itu. “Insan” itu mengira-ngira pelajar perempuan ex-classmate nya. “Uishh...12 orang...ramai dari bdk laki..”,gumam hatinya.Ditengah-tengah gambar itu paling yang “insan” itu kenali dan dengan tidak semena-mena dia menyentuh gambar si ‘dia’ yang berbaju kurung biru itu dengan hujung jari.
            “Awak, boleh pinjam buku math awk x..??”,inilah dialog yang telah diluahkan oleh sang puteri yang berbaju kurung biru itu sewaktu perkenalan pertama dahulu. Dirinya berubah menjadi seorang yang sangat pendiam sewaktu bergelar mahasiswa IPT. Seorang lagi sahabat karib nya yang sering menjadi teman pendampingnya juga seorang yang pendiam. Tetapi diam-diam mereka, penuh dengan isi. ‘Shasha’ dan ‘Aminah’  dua insan bersahabat baik sampai bila-bila. Matanya teralih pula kepada 4 orang sekawan yang sukar untuk difahami perangai mereka yang sebenar. Kadang- kadang otak mereka gila-gila, kadang-kadang pula mereka jadi ‘sumbak’ tak tentu hala dan apabila mereka membuka halkum suara mereka, akan gempak-gempita la kelas Group C itu (hehe..jgn mara..=P). Walaupun begitu, hakikat sebenarnya mereka berjiwa murni dan harmoni..(puji ckit..haacumm..!!). Aimie, Adh Ana, Maisarah a.k.a P*** dan juga Eija antara penghuni Group C suatu ketika dulu. Senyuman sentiasa terukir di bibir mereka tidak kira masa, hujan ataupun ribut petir.
            “ Puan..,xpahammmmmmmmmmmmmlaaaaaa...bleh x puan ulang balikkk..”, trademark seorang ‘ustazah’ dalam kelas Group C. Sangat bijak dalam berbahasa arab ni dan sering menjadi rujukan bagi kaum Hawa Group C. Pabila disalah tulis namanya itu, cepat2 dia memperbetulkannya.. “nurussyifa”..itula dia nama yang sebetulnya. Selepas puas menatapi gmbar kenangan Group C itu, “insan” itu terdetik utk membuka lembaran helaian “Seloka Group C”,
“Tersebutla al-kisah 3orang bersaudara,
Dua orang sama tinggi,sorang lagi tggi lampai,
Pabila ditanya sepatah akan dibalas dengan sepatah,
Tapi senyuman manis tetap terukir di bibir,
Haiii...sape la xknal dgn raudah, zawani n syafiqa.’
“Beralih pula kepada 2 orang bersahabat ini..
 Seorang tinggi dan seorang lagi rendah2..
Sentiasa duduk di 2nd last row kat blakang kelas”
kalau bab berkawan, memang satu kuis dia kenal. (yeke..??hentam jela labuuu..mata dah ngantuk ni..hehe). itulah dia Fiqa n Asmar glaran diberi”.
“Amin....mari makan nak...ma da sediakan makanan kat dapur tu..” tiba-tiba bonda “insan” itu bertingkah terus menghapuskan lamunannya itu. Lantas “insan” itu menyimpan kembali helaian “seloka Group C” itu di salah satu file yg tersusun rapi di meja ‘study’ nya itu. Suatu kenangan yg akan terpahat di hati insan yang bergelar “MOHD KHAIRUL AMIN B. HASSAN.” Sehingga akhir hayat. “thanks sahabatku kerana sudi menjadi rakanku”, kata hatinya sambil senyuman terukir dibibirnya itu.
          "kehidupan adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah untuk hamba Nya melata dan mencari ilmu dan bekalan di alam fana ini untuk dibawa ke hari pengadilan kelak,..Yakinilah bahawa apabila kita tidak mudah putus asa dalam pencarian ilmu maka Allah akan membuka seluas-luas hamparan untuk kita menimba ilmu di dunia ini..INSYAALLAH..."

Friday, November 26, 2010

assalamualaikum....



wahhhhhhhh...!!Diriku melangkah setapak ke hadapan lagi....!!!hehe...

~sungguh ketinggalan aku di dalam dunia siber~

"kehidupan adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah untuk hamba Nya melata dan mencari ilmu dan bekalan di alam fana ini untuk dibawa ke hari pengadilan kelak,..Yakinilah bahawa apabila kita tidak mudah putus asa dalam pencarian ilmu maka Allah akan membuka seluas-luas hamparan untuk kita menimba ilmu di dunia ini..INSYAALLAH..."