Monday, February 28, 2011

BeRakHiRnYa sEbUaH KeHidUpAn....

AsSalaMuAlaiKum...

"katakan lah Allah itu tuhan kamu"
"Muhammad itu rasulmu"
"Al-Quran itu kitabmu"
"islam itu agamaku"
"solah,puasa,zakat,haji itu amalan ku di akhirat"

ini adalah sebahagian drpd talkin yg dibaca oleh imam tatkala kematian menjemput kita..
para makmum di atas kubur akan mendapat byk iktibar utk muhasabah diri masing2 ketika talkin ini dibacakan..
sedarkah kita bahawa tarikh kematian semakin menghampiri..??
adakah kita sudah cukup amalan2 soleh utk dibawa akhirat kelak??
dan sedarkah kita bahawa jawapan2 yg diatas itu hanya dpt diucapkan oleh amalan2 kita yg byk??
astgfirullahalazim...sebenarnya,kita byk lg kekurangan bekalan utk dibawa akhirat kelak..

sewaktu aku mencoretkan tulisan di sini,aku baru sahaja selesai mengebumikan atuk aku
yg telah kembali kerahmatullah mlm td..
perasaan aku sekarang bercampur baur..sedih + pilu + terkilan..
atuk aku adalah salah seorang insan yg bertanggungjawab menjadikan aku mengenal apa itu kalam Allah
sampai lah diriku dipilih oleh Allah utk menjadi seorang Al-hafiz..
 
tiba nya aku disisi jenazah selepas menjalani perjalanan dr bangi ke kelantan,
aku terus mendapatkan jenazah atukku...perasaan hiba terpaksa ku tahankan..
lantas aku mengambil wudhuk dan mula membaca surah yasin..
pada mula nya,aku dapat meneguhkan diriku ibarat batu karang di dasar lautan yg berdiri kukuh sewaktu dibadai ombak lautan dan juga ibarat saidina Abu Bakar memendamkan perasaan hibanya sewaktu wafatnya Rasulullah,tetapi di pertengahan bacaan aku,perasaan hiba itu mula menguasai diriku..
dgn titisan air mata,satu persatu detik2 bersama arwah ketika dia mengajarku kalam Allah yg mulia itu..

" amin,hari ni atuk nak ajar kamu mengeja,kan kamu sudah kenal huruf2.."
" baik atuk..."
" ikut atuk ye, alif diatas bunyi nya aaaa"
" alif diatas bunyi  nya aaaa"

titisan air mata ku semakin laju sewaktu saat2 ini bermain2 di fikiran ku...bacaanku menjadi tersekat2..
ku lihat wajah arwah atukku yg begitu tenang dan suci..setenang air di lautan...
fikiran ku terus mengelamun jauh..satu persatu detik2 bersama arwah menerawang di dlm fikiran ku seperti sebuah filem yg sering kita lihat di pawagam...

" amin,atuk nak kamu latih diri kamu mengeja..suruh mak kamu ajar ye..kalau tak ingat,atuk rotan kamu"
" baik atuk...~ujarku sambil ketakutan~"
waktu ini ku berusia 5tahun..aku dilatih mengenal huruf2 Al-Quran,mengeja,seterusnya membaca Al-Quran sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz dan menjadi seorang penghafaz Al-Quran..

di akhir ayat surah yasin itu, aku rapatkan diriku kpd jenazah atuk ku..

" atuk..dgr ye amin baca buat kali terkahir.."
 
lantas ku mengeja satu persatu ayat2 Al-Quran itu sama seperti mula2 aku belajar mengeja..
dgn linangan air mata,sebak di dada,kuteruskan sehingga ke penghabisan ayat..

" atuk...terima kasih kerana ajar amin Al-Quran "

ujarku selepas mengakhiri bacaan...

"tarikh ajal maut itu tidak pasti bila nya akan tiba
tetapi
kematian itu adalah benda yg PASTI"

firman Allah S.W.T :

 " setiap yg bernyawa itu akan merasai kematian..."

AL-FATIHAH UTK ARWAH ATUK KU..

~HJ. IBRAHIM B. YAAKOB~

moga Allah cucuri rahmat nya dan tempatkannya disisi para huffaz dan org2 yg soleh..aminnn
 


Friday, February 25, 2011

TeOri PeLaZiMaN KlaSik..

AsSaLamULaIkum..

Kali nie aku nak kongsi tentang satu ilmu psikologi islam...
sebelum aku pergi ngan lebih mendalam lg,aku ingin kita pikir sejenak,
kita sebagai umat islam jarang mengkaji sesuatu perkara
tetapi kaum2 yahudi, n sebagai nya bertungkus-lumus utk mengkaji sesuatu perkara itu..
tahukah kita bahawa,yahudi2 itu telah menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama mereka..
tetapi...dimanakah kita..??yg selalu membaca Al-Quran saban hari dari kecik hingga la dewasa..
umat islam sekarang ini hanya sibuk utk memperlagukan Al-Quran itu supaya digelar Qari yg hebat,akan tetapi mereka tidak berminat utk mengkaji ilmu yg tersimpan dlm Al-Quran itu...sama2 lah muhasabah..

ok...berbalik kpd ilmu yg aku nak kongsikan td...
seorang pengkaji dr luar negara *xigt negara mana..xsempat nk salin..hehe yg digelar Ivan Pavlor.
beliau telah membuat suatu kajian mengenai sikap kelaziman manusia apabila menghadapi sesuatu sehinggakan manusia dpt menafsirkan sesuatu itu walaupun tidak melihatnya....(complicated nye ayat.).

untuk memberi gambaran yg jelas lg mengenai kata2 aku td, aku akan bg satu contoh..

SITUASI :

apabila kita terdengar org membunyikan hon atau loceng ketika kita berada di dlm rumah,
secara otomatik nya kita akan terpikirkan org itu menjual eskrem,roti or sebagainya dan keluar membelinya..kebiasaannya situasi ini berlaku kpd mereka yg tinggal di kawasan perumahan.
so kat sini, kita boleh nampak tindakan gerak balas apabila kita terdengar ransangan yg lazim..

bunyi hon or loceng : rangsangan yg lazim..(means,sesuatu perkara yg kita dah alami sebelum ini)..
terpikir n kuar utk membeli roti,eskrem or others : gerak balas terhadap rangsangan yg lazim.

kat sini rangsangan yg lazim itu membawa maksud 
sesuatu perkara itu telah didedah kan kpd kita sebelum ini dan apabila perkara itu berulang,
maka kita sudah mengetahui perkara itu..( xfaham,baca ulang kali situasi tue )..

ada byk lagi situasi2 yg boleh dikaitkan dgn teori ni..
tp aku malas nak taip..hahahah..!! coz nak gi usrah plak..=P( alasan)

so,teori ini benda yg boleh kita kaitkan dgn Islam kat sini ialah,
apabila kita terdengar suara azan dikumandangkan,maka kita sudah tahu apakah
 gerakbalas yg perlu kita lakukan iaitu 
pakai pakaian yg bersih n then pergi masjid semayang berjemaah (bg kaum lelaki),
manakala bagi kaum wanita pulak, bila terdengar azan, maka mereka cepat2 amik air semayang n then tunaikan solah di awal waktu..

PERSOALANNYA...adakah teori pelaziman klasik ini telah kita AMALKAN ketika MENDENGAR AZAN DIKUMANDANGKAN di dlm kehidupan kita hari ini..???
tepuk dada,tanya lah iman masing2..

sama2 lah kita muhasabah diri kita dan berlumba2 mencari bekalan pahala n amal kebajikan
utk dibawa berjumpa dgn Allah S.W.T di padang mahsyar kelak..

firman Allah S.W.T ..

" berlumba2 lah dalam berbuat kebaikan...."


Tuesday, February 22, 2011

kO Nak Gi tAk..??? AkU nAk Gi...

AsSaLaMuALaIkUM...

Alhmdulillah..kesyukuran dipanjatkn kehadrat Ilahi kerana Dia masih lg memberi nikmat
yg tidak terhitung byk nya kpd kita..rezeki yg ckup,nikmat berjalan,menggaru hatta membuang air kecil n besar pun adalah satu nikmat dr Allah yg diberikan kpd kita...SUBHANALLAH..

Kali nie,aku nak kongsi kan satu lg sketsa kehidupan yg betul2 aku hadapi semasa berada di Setiawangsa..
Aku terpikir sejenak tentang diriku bila teringat balik kisah ni..
sedar atau tidak,walaupun aku hidup 23tahun di dunia yg fana nie,tp aku masih lg dahagakan ilmu
sama ada ilmu yg ditimba melalui guru2 or ilmu2 tentang erti kehidupan yg byk aku perolehi bila merantau ke tempat org lain..bak kata pepatah " jauh perjalanan,luas pemandangan.."

"ko nak gi tak..?? aku nak gi.."

Sahabatku yg dirahmati Allah,

Dialog ni sebenarnya diluahkan oleh seorang ank kecil ketika aku bersama rakan2 ku terserempak dgn mereka ketika sedang asyik bermain bola.. niat kami sebenarnya nk berjalan2 sambil menambahkan iman kami terhadap Allah.. Bila kami terserempak dgn bdk2 tue,
salah sorang dr sahabat aku berborak2 dgn bdk2 tu sambil berbual tentang kanak2 pada zaman Rasulullah yg begitu berkobar2 utk menegakkan syariat Allah S.W.T..
mereka begitu gembira bila mndengar tentang perkara itu..

"adik2 nak tahu x, pada zaman Rasulullah,kanak2 baya adik2 ni nk sgt nk sertai peperangan bersama2 nabi hinggakan ada diantara mereka sanggup menjengketkan (sowi,lau salah) kaki mrk supaya nmpak tinggi n dibenarkan menyertai perang.."

" wah..!!hebat nya mereka,abg.."

" btoi tu,tau x sbb pe mrk berkobar2 smpai begitu skali..??sbb nya,mrk telah dibimbing sehingga iman n yakin mrk terhadap Allah begitu tinggi sekali..oleh itu,kita kena mantapkan iman kita dgn taat perintah Allah seperti solah berjemaah,taat org tua,kasihkan ibubapa dan mcm2 lg..so,abg harap,maghrib nanti adik2 dpt pergi berjemaah bersama2 dgn abg di surau yek.."

" ok abg.."

ketika aku nak beransur2 pergi dr kalangan bdk2 tu,aku dpt menangkap percakapan slh sorang drpd bdk2 tu kpd rakan2 nya..

" ko nak gi tak..??aku nak gi..jom laa.(berkobar2..).."

citer aku stop kat sini..hehe..

kat sini aku nak kita renungkan,seorang anak yg kecil sgt teruja utk melakukan perintah Allah apabila dia mendengar tentang kelebihan serta ganjaran yg Allah bagi apabila mentaati perintah Allah tetapi hari ni adakah diri kita yg sudah akhil baligh ni dpt merasakan keterujaan yg ditunjukkan seperti kanak2 itu..??

sebenarnya,mentaati perintah Allah ini memerlukan hati yg begitu suci dan iman yg kukuh terhadap Allah..
aku berkata sedemikian kerana,apabila hati n iman kita sgt suci n kukuh,maka apa sahaja perintah Allah,kita akan dpt lakukan dgn begitu sempurna..tanpa ada rasa keluh resah n malas..

PERSOALAANNYA...Adakah hati kita ini benar2 suci dan iman kita benar2 kukuh terhadap Allah..??
tepuk dada,tanya laa iman masing2..=)

Rasulullah bersabda..

" Sesungguhnya hati2 ini akan berkarat sebagaiman besi berkarat apabila terkena air.
Baginda ditanya..Ya rasulullah,apakah penggilapnya..?? 
Rasulullah bersabda, Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.."
( hadis riwayat Baihaqi..)

so,mari kita sama2 renungkan..semoga Allah ampunila dosa aku dan sahabat2 sekelian dan tempatkan kita di kalangan org2 yg soleh n solehah..aminnn~




Monday, February 21, 2011

NaHi An-MuNkaR DiPrAkTiKkaN..

ASsalamuALaiKum...

Dunia adalah tempat persinggahan bg manusia utk mencari amal kebaikan bagi
menjadi bekalan di hari kiamat kelak. Hanya amal yg soleh n iman yg mantap sahaja menjadi kayu pengukur
bagi manusia utk memperolehi syurga Allah yg penuh dgn nikmat. Sedar atau tidak,kita sebenarnya byk alpa terhadap Allah tetapi kita lihat sendiri betapa rahimnya Allah S.W.T masih lg memberi kita nikmat di dunia ini walaupun kita byk lupa akan Allah S.W.T.....renungkanlah..

Bercakap pasal alpa n lupakan perintah Allah ini, 
aku tertarik utk menceritakan satu peristiwa yg maybe menjadi iktibar n mungkin juga menjadi pembakar semangat dlm melakukan perintah Allah iaitu AMAR BIL MA'RUF WA NAHI AN-MUNGKAR.. perisitiwa ini berlaku ketika aku berada dlm LRT dr setiawangsa ke K.L Sentral pada 21/02/2011..

Begini ceritanya...

Time pintu LRT terbuka n aku nk msuk dlm benda alah tu, aku terdengar suara org macam org bergaduh..
n mungkin Allah S.W.T hendak tunjuk kat aku bahawa ada lg manusia yg berani menegakkan syariat Allah walaupun di kelilingi dgn maksiat n duniawi...

Saudara2 sedarkah bahawa suara lantang yg menegakkan syariat Allah itu dtg nya dr seorang pakcik tua berketayap putih yg sgt uzur sekali keadaannya..
aku menangkap setiap bibit2 percakapannya..

" begini lah keadaan umat islam sekarang,tanpa segan silu melakukan maksiat di depan org ramai"

pkcik tu berkata lagi...

"aku malu dgn kaum lain..malu dgn perbuatan ank muda melayu yg sedemikian rupa..
org cina n india pon malu nk tgk"

Saudara2...

Rupa2 nya kata2 itu dilemparkan kpd seorang remaja MELAYU bersama pasanganya yg tanpa segan silu berpelukan di dlm LRT itu...time pakcik tu bg nasihat,aku lihat sendiri remaja MELAYU itu memberontak n seolah2 tidak mahu terima teguran pakcik itu...tiba2,seorang lelaki di sebelah aku bersuara,

"sy sokong pakcik..!!wehh..!!dah bersalah tu blah2 laa dr tren.."

citer stop kat sini...hehehe..

Kat sini aku nk muahasabah diri kita yg bergelar remaja,adakah kita sedar bahawa byk kelakuan kita 
akan menyebabkan Allah murka kpd kita..??adakah kita sedar, percakapan kita byk mensyirikkan Allah..??
kat sini,marilah kita muhasab diri kita...layakkah kita menjadi penghuni SYURGA ALLAH yg indah itu..!!??
renungkanlaaa....

Nabi S.A.W bersabda dlm suatu hadis,

" Sesiapa antara kamu yg melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dgn tangan, Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dgn lidahnya, dan kalau itu pun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dgn hatinya, Yang sedemikian itu adalah iman yg selemah2 nya.."
( kitab At-Targhib, hadis riwayat Muslim,Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Pakcik tu tergolong di kalangan manakah yg disebut di dlm hadis diatas dan kita pula akan tergolong dikalangan mana sekiranya kemungkaran yg sama berlaku ke atas kita..?? renung2 kan laa sahabat..

Thursday, February 17, 2011

Pengapit Pengantin..!!!!???

HAHAHA..nak tergelak pon ade,...adoiyaaa..( x pernah2 aku jadi pengapit pengantin ni... )..=_="
anak sedara aku plak merangkap bakal pengantin ( adehh,anak sedara dah kawen,aku ni bile laa lg.huhu.) bleh bagi ayat baiknyaa punya..
" yang x de pengalaman laa kena jadi nya.."

tapi kalau pikir2 kan balik,memang sume adik bradik aku dah kawen...
sedih pon de..tapi sabar ye KHAIRUL AMIN..belajar dulu...( arghhh..!!!)
n then anak sedara aku pon kua kan satu statement,
" Yg jadi pengapit ni kena org bujang.. " ( btul ke..??? =_=' ),
aku pon x sure akan kebenaran tue..ni anak sedara aku yg ckp..grrr!!
aku baru bajet nak buat pertunjukan silat..(cewahh..!!poyo giler mamat ni..), but sekarang di beri TUGAS yg baru...PENGAPIT PENGANTIN..!!

ehem2..sebelum aku gi lebih jauh lagi, aku ingin tegaskan disini bahawa ( ceh..ayat xleh blah..haha)
aku de 3 org anak sedara yg umur nya lebih dr aku sorang lagi muda setahun dari aku..hihihi..
~muda kan aku~
n diorang sume da kawen da cuma yg muda dr aku setahun je lom kawen lagi..
so,dats y, i jelez u know...huh!..=_='
nak kawen...!!!!!hahahaha..gedik nak mampos..eeeeiiuu..

So,nak x nak,aku akan jd PENGAPIT pada 12/3/2011 ni..
( ish..kena belajar ni cara2 catwalk pengapit..hahaha..~bongok~ )
saksikan laa ye...( bia pon korang x kan hadir pon majlis tu..lalalalala~ )
cucu sedara ku...SHASHA n SYARIF..!!



acik n angah..my niece..=)
shasha...chumil!!..mcm i kan..hihi

dalam setahun de 7 hari....benarkah..??

wahh...pelik bebenor bunyi nyer jang ooii....setahu den,dlm setahun ada 365 hari..polik2...hehe..
ok...untuk merungkaikan persoalan ini,kat sini aku nak suruh korang jawab soalan2 dibawah..
1. Dalam 1 minggu de brape hari?
-ofkos laa 7hari...
2. Dalam sebulan pula,de brape hari?
- haii,senang bebenor soalan ni..30 or 31 hari laa..
3. Dalam setahun lak de brape hari?
- wehh..!!soalan bdk tadika bleh jwb ni..365 hari laa..rite?

Now,kalau aku ckp dalam setahun de 7hari je,korang agree x..??haha
confirm korang ckp aku bdk xblaja kn,...kecik2,mak suruh gi skolah,dok ngorat anak dara org..
(errr...aku ke..??x kot..ngee~)
ok..utk kuatkn hujahan aku,aku akn buktikan yg setahun de 7hari..
7hari dlm setahun itu ialah ahad,isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat n sabtu..!!
rite guys..!!???haha..

hmmm..teringat lak kata2 lecturer psikologi islam aku...
dia ckp." Seseorang manusia itu akan berbeza presepsi mereka dalam mentafsir sesuatu perkara yg dilihat,rasa,dengar dan sebagainya melalui deria mereka kerana bergantung kpd ilmu dan penglaman seseorang manusia itu.."

well,isu ini akan aku tulis dalam slot akan dtg...hahaa..!!
nak tahu....follow laa blog aku ye...hihihihi..
~insan itu akan menjadi mulia di sisi Allah pabila ia menunaikan segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W..~renung2 kan laa sahabat..=)

Sunday, February 13, 2011

dikir barat wei...........!!!!

haha...!!tgk title da tau dah kn...
naik lenguh gak kaki ni dok asyik hempuk2 ats lantai..adehh..=_='
dah la batuk aku xilang2 lagi..mkn ubat dah nk sampai satu botol da..
but xilang2 gak..huhu..cane ni ek,sore da mcm band rock da..yeahh!!yeah!!...
hahahahahha...bongok..=P

back to main story,heee..
persembahan dah dkt dah,...tp kitorag punyer perfomance dlm 70% lg..
hehehehe...
xpe2..bak kate ore tua2 klate "HERO TOK GADUH"...hahaha!!

haaaa...!!ni lg satu citer TERBAIK dr ladang..
round last skali ngah dikir2 td,abis je "tepukan" tgn yg terakhir,de org sound kat bawah..
"WEH..!!SENYAP LAAR..!!XRETI NAK TIDO KER..!!
hahaahhahahaha..!!sume bdk2 dikir include me brtempiaran lari masuk bilik..haha!!

adoii...panas gak ati rse..diorag bising smpai kul 3 a.m,aku xde kate pape pon..
time aku,xsmpai kul 2 da bising da...bongok+bengong  punyer olang.haiya...li kong mei yaa..

erkkk..pnjang gak aku tulis ni..haha!!
stop kat cni lar..sok kne praktis lg..adoiyaa..=_='
neway,hapening la jugak mlm ni..hihihi..
saksikan la yer perfomance kami..yeahhh!!!..
HIDUP KUMPULAN DIKIR BARAT..!!



Saturday, February 12, 2011

kebosanan melanda....

adoi....bila smpai je ari sabtu n ahad,aku tarak tau maa nak buat pe..huu
esaimen..??
err..err...err...lambat lagi nak kena submit..hahahah..!!
bgun tido,terus bukak laptop...pe lg,on9 laa..hihihhi
tiba2 dok chating2,
terpikir nak explore bnde alah blog ni...
godek punyer godek maka ini laa hasilnya..
haha...!!
walaupun xgedabak gempak,but..
.i'm proud wif myself..pftfftttttt..=P