Monday, February 21, 2011

NaHi An-MuNkaR DiPrAkTiKkaN..

ASsalamuALaiKum...

Dunia adalah tempat persinggahan bg manusia utk mencari amal kebaikan bagi
menjadi bekalan di hari kiamat kelak. Hanya amal yg soleh n iman yg mantap sahaja menjadi kayu pengukur
bagi manusia utk memperolehi syurga Allah yg penuh dgn nikmat. Sedar atau tidak,kita sebenarnya byk alpa terhadap Allah tetapi kita lihat sendiri betapa rahimnya Allah S.W.T masih lg memberi kita nikmat di dunia ini walaupun kita byk lupa akan Allah S.W.T.....renungkanlah..

Bercakap pasal alpa n lupakan perintah Allah ini, 
aku tertarik utk menceritakan satu peristiwa yg maybe menjadi iktibar n mungkin juga menjadi pembakar semangat dlm melakukan perintah Allah iaitu AMAR BIL MA'RUF WA NAHI AN-MUNGKAR.. perisitiwa ini berlaku ketika aku berada dlm LRT dr setiawangsa ke K.L Sentral pada 21/02/2011..

Begini ceritanya...

Time pintu LRT terbuka n aku nk msuk dlm benda alah tu, aku terdengar suara org macam org bergaduh..
n mungkin Allah S.W.T hendak tunjuk kat aku bahawa ada lg manusia yg berani menegakkan syariat Allah walaupun di kelilingi dgn maksiat n duniawi...

Saudara2 sedarkah bahawa suara lantang yg menegakkan syariat Allah itu dtg nya dr seorang pakcik tua berketayap putih yg sgt uzur sekali keadaannya..
aku menangkap setiap bibit2 percakapannya..

" begini lah keadaan umat islam sekarang,tanpa segan silu melakukan maksiat di depan org ramai"

pkcik tu berkata lagi...

"aku malu dgn kaum lain..malu dgn perbuatan ank muda melayu yg sedemikian rupa..
org cina n india pon malu nk tgk"

Saudara2...

Rupa2 nya kata2 itu dilemparkan kpd seorang remaja MELAYU bersama pasanganya yg tanpa segan silu berpelukan di dlm LRT itu...time pakcik tu bg nasihat,aku lihat sendiri remaja MELAYU itu memberontak n seolah2 tidak mahu terima teguran pakcik itu...tiba2,seorang lelaki di sebelah aku bersuara,

"sy sokong pakcik..!!wehh..!!dah bersalah tu blah2 laa dr tren.."

citer stop kat sini...hehehe..

Kat sini aku nk muahasabah diri kita yg bergelar remaja,adakah kita sedar bahawa byk kelakuan kita 
akan menyebabkan Allah murka kpd kita..??adakah kita sedar, percakapan kita byk mensyirikkan Allah..??
kat sini,marilah kita muhasab diri kita...layakkah kita menjadi penghuni SYURGA ALLAH yg indah itu..!!??
renungkanlaaa....

Nabi S.A.W bersabda dlm suatu hadis,

" Sesiapa antara kamu yg melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dgn tangan, Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dgn lidahnya, dan kalau itu pun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dgn hatinya, Yang sedemikian itu adalah iman yg selemah2 nya.."
( kitab At-Targhib, hadis riwayat Muslim,Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Pakcik tu tergolong di kalangan manakah yg disebut di dlm hadis diatas dan kita pula akan tergolong dikalangan mana sekiranya kemungkaran yg sama berlaku ke atas kita..?? renung2 kan laa sahabat..

5 comments:

@cenahcenah said...

Aku like yang ni! :P

masithah hanis said...

remaja oh remaja T_T

khairul amin said...

huhu...~
sama2 laa kita baiki n repair diri kita sendiri..

teen_yali said...

hmmmmmm....mmg teruk la remaja melayu skrg...masa saya naik segala mcm train kt KL 7 tahun lalu kerana bekerja, keadaan tk sebegitu...saya tk jumpa pun remaja melayu yg mcm itu....ttp mmg skrg ni keadaan mcm itu...semakin teruk...

khairul amin said...

puan tini: dunia hampir ke penghujungnya...huhu