Tuesday, February 22, 2011

kO Nak Gi tAk..??? AkU nAk Gi...

AsSaLaMuALaIkUM...

Alhmdulillah..kesyukuran dipanjatkn kehadrat Ilahi kerana Dia masih lg memberi nikmat
yg tidak terhitung byk nya kpd kita..rezeki yg ckup,nikmat berjalan,menggaru hatta membuang air kecil n besar pun adalah satu nikmat dr Allah yg diberikan kpd kita...SUBHANALLAH..

Kali nie,aku nak kongsi kan satu lg sketsa kehidupan yg betul2 aku hadapi semasa berada di Setiawangsa..
Aku terpikir sejenak tentang diriku bila teringat balik kisah ni..
sedar atau tidak,walaupun aku hidup 23tahun di dunia yg fana nie,tp aku masih lg dahagakan ilmu
sama ada ilmu yg ditimba melalui guru2 or ilmu2 tentang erti kehidupan yg byk aku perolehi bila merantau ke tempat org lain..bak kata pepatah " jauh perjalanan,luas pemandangan.."

"ko nak gi tak..?? aku nak gi.."

Sahabatku yg dirahmati Allah,

Dialog ni sebenarnya diluahkan oleh seorang ank kecil ketika aku bersama rakan2 ku terserempak dgn mereka ketika sedang asyik bermain bola.. niat kami sebenarnya nk berjalan2 sambil menambahkan iman kami terhadap Allah.. Bila kami terserempak dgn bdk2 tue,
salah sorang dr sahabat aku berborak2 dgn bdk2 tu sambil berbual tentang kanak2 pada zaman Rasulullah yg begitu berkobar2 utk menegakkan syariat Allah S.W.T..
mereka begitu gembira bila mndengar tentang perkara itu..

"adik2 nak tahu x, pada zaman Rasulullah,kanak2 baya adik2 ni nk sgt nk sertai peperangan bersama2 nabi hinggakan ada diantara mereka sanggup menjengketkan (sowi,lau salah) kaki mrk supaya nmpak tinggi n dibenarkan menyertai perang.."

" wah..!!hebat nya mereka,abg.."

" btoi tu,tau x sbb pe mrk berkobar2 smpai begitu skali..??sbb nya,mrk telah dibimbing sehingga iman n yakin mrk terhadap Allah begitu tinggi sekali..oleh itu,kita kena mantapkan iman kita dgn taat perintah Allah seperti solah berjemaah,taat org tua,kasihkan ibubapa dan mcm2 lg..so,abg harap,maghrib nanti adik2 dpt pergi berjemaah bersama2 dgn abg di surau yek.."

" ok abg.."

ketika aku nak beransur2 pergi dr kalangan bdk2 tu,aku dpt menangkap percakapan slh sorang drpd bdk2 tu kpd rakan2 nya..

" ko nak gi tak..??aku nak gi..jom laa.(berkobar2..).."

citer aku stop kat sini..hehe..

kat sini aku nak kita renungkan,seorang anak yg kecil sgt teruja utk melakukan perintah Allah apabila dia mendengar tentang kelebihan serta ganjaran yg Allah bagi apabila mentaati perintah Allah tetapi hari ni adakah diri kita yg sudah akhil baligh ni dpt merasakan keterujaan yg ditunjukkan seperti kanak2 itu..??

sebenarnya,mentaati perintah Allah ini memerlukan hati yg begitu suci dan iman yg kukuh terhadap Allah..
aku berkata sedemikian kerana,apabila hati n iman kita sgt suci n kukuh,maka apa sahaja perintah Allah,kita akan dpt lakukan dgn begitu sempurna..tanpa ada rasa keluh resah n malas..

PERSOALAANNYA...Adakah hati kita ini benar2 suci dan iman kita benar2 kukuh terhadap Allah..??
tepuk dada,tanya laa iman masing2..=)

Rasulullah bersabda..

" Sesungguhnya hati2 ini akan berkarat sebagaiman besi berkarat apabila terkena air.
Baginda ditanya..Ya rasulullah,apakah penggilapnya..?? 
Rasulullah bersabda, Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.."
( hadis riwayat Baihaqi..)

so,mari kita sama2 renungkan..semoga Allah ampunila dosa aku dan sahabat2 sekelian dan tempatkan kita di kalangan org2 yg soleh n solehah..aminnn~